Wanita cedera gara-gara ditikam anak saudara sendiri

Wanita cedera gara-gara ditikam anak saudara sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang wanita cedera disyaki akibat ditikam oleh anak saudaranya sendiri dalam satu kejadian di Flat Jalan Perai Jaya, Perai dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Difahamkan, suspek merupakan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun manakala ibu saudaranya pula berusia dalam lingkungan umur 35 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, siasatan awal polis mendapati, suspek telah tinggal bersama mangsa sejak empat hari lalu kerana mempunyai masalah keluarga.

Terdahulu katanya, semasa berada di ruang tamu rumah, telah berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek kerana suspek ingin tinggal semula dengan ibu kandungnya tetapi dihalang oleh mangsa.

“Semasa pertengkaran tersebut, suspek tiba-tiba menikam mangsa dengan sebilah pisau dan akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian perut pada sebelah kiri dan masih dirawat di hospital ketika ini.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap untuk membantu siasatan, dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Helmi, sabit kesalahan, individu tersebut boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau didenda atau disebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya