Wang simpanan RM30,000 ‘hangus’ akibat scammer 

Wang simpanan RM30,000 ‘hangus’ akibat scammer 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang kerani mengalami kerugian RM30,000 akibat terpedaya dengan tawaran hadiah platform Shopee yang tidak wujud dalam laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, wanita tersebut menyertai satu grup Telegram yang menawarkan hadiah percuma kepada ahli kumpulannya.

Katanya, wanita berusia 26 tahun itu diberi beberapa tugasan iaitu membuat bayaran pendahuluan kepada beberapa peniaga sebelum boleh mendapat hadiah yang dijanjikan. 

“Mangsa yang terpikat dengan hadiah lumayan ditawarkan sindiket itu membuat lima transaksi berjumlah RM30,000 menggunakan wang simpanan termasuk duit daripada hasil Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan sebelum ini.

“Mangsa membuat tiga transaksi ke akaun bank manakala dua lagi ke akaun Big Pay seperti diarahkan suspek,” katanya hari ini.

Malangnya, cubaan mangsa untuk menuntut hadiah tersebut gagal kerana masih terdapat beberapa tugasan yang belum diselesaikan.

Azli berkata, mangsa yang risau kerana duitnya simpanannya  lesap tampil membuat laporan polis pada 5 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya