Wang pencen RM155,804 lesap ditipu sindiket menyamar polis

Wang pencen RM155,804 lesap ditipu sindiket menyamar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan kehilangan wang simpanan pencennya sebanyak RM155,804 akibat ditipu sindiket penipuan phone scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, wanita berusia 68 tahun itu dihubungi oleh suspek yang mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap pada 16 Januari lalu kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram dan penyalahgunaan meter air.

“Mangsa kemudian diminta menyerahkan semua maklumat perbankan melibatkan tiga akaun bank kononnya untuk tujuan siasatan. Mangsa juga diarahkan supaya memasukkan kad debit ke dalam plastik dan meletakkannya di celah pokok di depan rumah.

“Keesokannya, mangsa telah menerima notifikasi pengeluaran wang dalam jumlah yang besar daripada ketiga-tiga akaun bank,” katanya semalam.

Wanita itu telah menghubungi pihak bank untuk menyekat akaun dan mendapatkan penyata.

“Mangsa sangat terkejut apabila mendapati terdapat lebih 55 transaksi pindahan wang ke empat akaun yang dibuat melalui mesin juruwang automatik (ATM). Mangsa mahu membuat laporan polis namun suspek mengugut, akaun keluarga akan turut disekat.

“Namun, disebabkan terlalu banyak pemindahan duit dalam akaun mangsa, dia terpaksa memberitahu anak-anaknya dan anak mangsa terus menyekat akaun tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya