Vitor selamatkan Penang FC daripada tewas lagi kepada Selangor

Vitor selamatkan Penang FC daripada tewas lagi kepada Selangor

PENYERANG Selangor FC, Ali Olwan (kiri) cuba melepasi kawalan dua pemain Penang FC ketika aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam ini.-GAMBAR/FACEBOOK SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kapten Penang FC, Rafael Vitor muncul penyelamat pasukannya apabila menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk mengikut Selangor FC 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Jaringan itu juga sekaligus menebus kekecewaan pemain berkenaan yang menjaringkan gol sendiri ketika skuad Harimau Kumbang tewas 1-0 kepada lawan yang sama semasa aksi separuh akhir pertama Piala Cabaran, 19 Januari lalu.

Terdahulu, Penang FC yang turun dengan semangat membara untuk membalas dendam terhadap Selangor FC3]

\bagaimanapun dikecewakan dengan sentuhan penyudah yang tumpul oleh jentera serangan mereka yang diterajui pemain import, Dylan Wenzel-Halls.

Sebaliknya, pelawat terlebih dahulu berada di depan apabila berjaya memanfaatkan peluang terhidang untuk gol pertama perlawanan pada minit ke-10.

Gol berpunca daripada satu hantaran lintang oleh pemain pertahanan, Quentin Cheng yang disambut dengan satu rembatan voli menarik oleh penyerang, Ronnie Fernandez.

Meskipun tuan rumah cuba bangkit untuk memburu gol penyamaan, keputusan 0-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, rentak permainan kedua-dua pasukan bagaimanapun bertukar perlahan disebabkan keadaan hujan yang turun dengan lebat.

Padang yang becak juga menyebabkan beberapa hantaran gagal disempurnakan dan bola dilihat lebih banyak berlegar di tengah padang.

Ketika aksi memasuki minit-minit terakhir perlawanan, permainan mula bertukar agresif sehingga menyebabkan pengadil Suhaizi Shukri terpaksa melihat skrin video bantuan pengadil (VAR) beberapa kali sebelum membuat keputusan.

Penang FC akhirnya dihadiahkan sepakan penalti pada masa-masa kecederaan selepas seorang pemain mereka dijatuhkan dalam kotak penalti dan Vitor tenang menyempurnakan tendangan tersebut untuk gol penyamaan sekaligus menyekat Selangor FC daripada membawa pulang tiga mata.

Kedua-dua pasukan akan bertemu buat kali ketiga dalam tempoh dua minggu pada aksi separuh akhir kedua Piala Cabaran di Stadium MBPJ pada 2 Februari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya