Utusan Malaysia menang Anugerah Pena Emas OSHpOP 2024 - Utusan Malaysia

Utusan Malaysia menang Anugerah Pena Emas OSHpOP 2024

DZULKEFLY Ahmad diiringi Aziz Basiran ketika menyampaikan anugerah kepada Petronas Berhad pada majlis Anugerah Kebangsaan Kecemerlangan Prinsip Pencegahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHPop) 2024, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Akhbar Utusan Malaysia, mengungguli majlis Anugerah Kebangsaan Kecemerlangan Prinsip Pencegahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHPop) 2024, semalam.

Pengarang Berita Pantai Timur Utusan Malaysia, Mohd. Shariza Abdullah memenangi Anugerah Pena Emas pada majlis anjuran Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian Malaysia (MiSHA) itu dengan membawa pulang plak dan sijil penghargaan.

Turut menang lapan lagi wakil media masing-masing daripada Bernama, Berita Harian, RTM, Majoriti (The Star), ASTRO Arena, Malaysia Tribune dan Edisi 9, Majoriti (The Star).

Kemenangan kategori itu bertujuan mengiktiraf sumbangan petugas media yang memberi kerjasama dan membantu meningkatkan tahap pengurusan risiko keselamatan, kesihatan serta alam sekitar di tempat kerja.

Majlis yang disempurnakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan turut dihadiri Presiden MiSHA, Aziz Basiran, turut menobatkan PETRONAS sebagai pemenang anugerah utama, Grand Platinum OSHPop 2024.

Sebanyak 90 organisasi memenuhi kriteria kelayakan menyertai anugerah, dengan hanya 40 organisasi berjaya melangkah ke peringkat akhir dan dinobatkan sebagai pemenang. 

Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama MiSHA akan memperkenal dasar dan program pencegahan lebih menyeluruh menerusi Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan.

Katanya, ia termasuk penyediaan garis panduan kesihatan paru-paru, kempen kesedaran dan pemeriksaan kesihatan berkala untuk pekerja yang terdedah bahan berbahaya.

“KKM memulakan agenda kesihatan tahun ini, khusus bagi sektor pekerjaan dengan kerjasama MiSHA melalui Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan yang antara lain bertujuan menangani risiko bagi penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja,” katanya dalam ucapan perasmian OSHPop 2024.

Katanya, pekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan dan industri berat antara, paling terdedah kepada bahan berbahaya seperti habuk, bahan kimia dan pencemaran udara yang boleh mengakibatkan penyakit seperti paru-paru kronik, asma pekerjaan atau silikosis, jika tidak diuruskan dengan baik.

Tegasnya MiSHA sebagai pertubuhan mewakili suara industri, perlu memainkan peranan penting menyampaikan keperluan dan cabaran sektor pekerjaan kepada pihak kementerian.

Sementara itu, Aziz berkata, majlis berkenaan membuktikan dedikasi MiSHA untuk memacu kecemerlangan keselamatan pekerjaan di Malaysia. 

Katanya, program ini tidak hanya memberi pengiktirafan tetapi turut menyemai kesedaran terhadap pentingnya amalan keselamatan di tempat kerja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya