Usia bukan penghalang dalam menuntut ilmu TVET di PPD

Usia bukan penghalang dalam menuntut ilmu TVET

MOHD Safuan Naddin semasa mendaftar sebagai pelajar di Politeknik Port Dickson baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Faktor usia bukanlah penghalang bagi Mohd Safuan Nadin untuk melanjutkan pengajian ke menara gading sehingga beliau berjaya ditawarkan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di Politeknik Port Dickson (PPD).

Bercita-cita untuk membuka perniagaan dalam pusat servis kenderaan suatu masa nanti, dia yang kini berusia 47 tahun merupakan pelajar baharu yang hadir mendaftar pada Sesi II 2024/2025 di Politeknik Port Dickson (PPD), baru-baru ini.

Bapa kepada dua orang anak itu pernah bertugas sebagai Pengurus Agensi Kumpulan (Unit Trus & Takaful) di sebuah syarikat selain memiliki Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Ungku

Omar pada tahun 1998 dan terus melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia dalam pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal.
Mohd Safuan berharap dia akan berjaya mencapai impian suatu hari nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN