'Usah ego, jangan bila salah seorang sudah tiada baru menyesal' - Utusan Malaysia

‘Usah ego, jangan bila salah seorang sudah tiada baru menyesal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ego untuk apa? Bila sudah tiada nanti baru mahu menyesal,”

Demikian kata bekas anggota kumpulan Sepah iaitu Shuib dan Mamat ketika mengulas mengenai persengketaan yang berlaku antara mereka dengan Jep ketika ditemu bual dalam sebuah sesi podcast, baru-baru ini.

Kata Shuib atau  Shahmira Muhamad, 40, dia enggan episod persahabatan mereka berakhir dengan penyesalan sekiranya salah seorang daripada ahli kumpulan itu meninggal dunia terlebih dahulu.

“Suatu hari nanti, tidak tahu siapa yang pergi (meninggal dunia) dahulu. Mungkin sayalah orang terakhir menutup papan yang terakhir untuk Mamat dan dia.

“Mungkin juga saya orang yang paling awal pergi dan Mamat serta Jep yang akan tutup papan saya. Jadi, cerita ini memang tidak akan ke mana pun.

“Memang akhirnya, kita akan berlawan pula siapa yang akan pergi dahulu. Pada ketika itu, rasa kesal itu mesti ada kerana terlalu ego. Bila sudah tiada apa yang boleh diucapkan.

“Saya sudah lalui perkara ini dengan orang yang paling dekat dengan saya (arwah Siti Sarah). Kita sudah tua, sudah pandai berfikir. Tiada apa yang perlu digaduhkan,” katanya dalam satu temu bual Raja Lawak Podcast bersama Azad dan Raden selaku hos.

Dalam masa sama, Shuib juga menyifatkan sikap ego yang tinggi itu tidak mengubah keikhlasannya untuk kembali bersahabat dengan Jep meskipun sudah melalui pelbagai kisah duka bersama.

“Kalau orang rasa sehebat mana pun saya, saya tiada apa-apa. Kita pun pernah saksikan situasi kawan-kawan kita yang sudah pergi macam mana seperti arwah Abam dan Pak Yus.

“Bila lihat situasi itu saya tertanya, sebenarnya gaduh-gaduh ini untuk apa? Ketika itu nak cakap apa pada dia. Itulah yang saya takutkan,” jelasnya.

Sebelum ini, tular semula di TikTok sesi audio siar Shuib dan Mamat yang dimuat naik minggu lalu mengulas isu persengketaan yang berlaku di antara mereka bersama Jep sehingga menyebabkan kumpulan mereka berpecah.y

Malah, Shuib dan Mamat juga mengakui rindu untuk kembali bersama Jep seperti awal kemunculan mereka di program realiti, Raja Lawak pada 2011. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya