UMT komited wujud kampus lestari

UMT komited wujud kampus lestari

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim memandu uji kenderaan elektrik (EV) nasional sempena penganjuran Hari Lestari UMT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA NERUS, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan terus komited untuk mewujudkan kampus lestari melalui penganjuran Hari Lestari yang berlangsung di kampus universiti berkenaan baru-baru ini.

Program tersebut menjadi platform untuk memupuk kesedaran dan tindakan proaktif dalam kalangan warga kampus mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar.

Naib Canselor UMT, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim dalam ucapan perasmiannya berkata, usaha melestarikan kampus adalah selari dengan agenda pembangunan mampan (SDG) dan Pelan Strategik UMT yang menekankan aspek kelestarian dalam operasi universiti.

“UMT komited untuk menjadi institusi pengajian tinggi yang memimpin dalam aspek kelestarian. Inisiatif seperti penggunaan tenaga boleh diperbaharui, pengurangan sisa plastik dan projek pemulihan ekosistem adalah antara langkah yang telah dan akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa merasmikan program Hari Lestari UMT di kampus UMT di sini baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang penganjuran program berkenaan termasuklah antaranya pameran inovasi hijau, ceramah kelestarian, hari bebas kenderaan, acara sukaneka dan pameran tenaga seperti solar, hidrogen serta biomas.

Aktiviti itu turut melibatkan penyertaan pelajar, kakitangan universiti dan komuniti setempat sebagai kempen kesedaran dalam usaha menjaga alam sekitar.

Salah satu inisiatif utama yang diketengahkan adalah penggunaan kenderaan elektrik di kampus terbabit.

“Kita telah melangkah kehadapan dengan memperkenalkan kenderaan elektrik rasmi UMT bagi kegunaan warga kampus”

“Kita berada dalam fasa rekaan grafik badan untuk beberapa model kenderaan elektrik (EV) dalam menyokong usaha kelestarian alam seperti kereta dan juga bas elektrik”

Katanya, kenderaan mesra alam itu merupakan sebahagian pelaksanaan kampus lestari selain pemasangan panel solar pada bumbung bangunan dan parkir berpusat yang bakal dibina dalam waktu terdekat”.

Ujarnya, usaha berterusan dilakukan pihaknya mampu menjadikan UMT sebagai institusi contoh dalam aspek pemuliharaan alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya