UMNO takut disingkirkan dari kerajaan - Tun M

UMNO takut disingkirkan dari kerajaan – Tun M

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO didakwa takut disingkir daripada Kerajaan Perpaduan apabila menarik diri dari menyertai himpunan solidariti untuk bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung pagi tadi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ramai yang tidak memahami mengapa UMNO menarik diri dari menyertai himpunan solidariti tersebut.

Kata beliau, kenyataan Yang di-Pertuan Agong tidak melarang perhimpunan dirancang itu, sebaliknya Duli Yang Maha Mulia hanya menjelascara pengampunan boleh diberi kepada mana-mana banduan.

Oleh kerana itu, jelasnya, perhimpunan berkaitan Titah Adendum untuk Najib yang juga merupakan bekas Presiden UMNO itu boleh diteruskan oleh parti tersebut.

“Tetapi yang jelas ialah tentangan DAP terhadap kerjasama UMNO dengan Pas. Jika diteruskan UMNO mungkin tersingkir dari kerajaan Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng (Pengerusi DAP) masih berbisa.

“Kerajaan tidak akan jatuh jika UMNO disingkir tetapi nasib pemimpinnya boleh terjejas apabila parti itu bukan lagi dalam kerajaan. Inilah nasib UMNO, keselamatan pemimpin UMNO bergantung kepada sertaan dalam kerajaan. Sokongan DAP diperlukan,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, UMNO menyatakan pendiriannya untuk mengadakan himpunan solidariti untuk Najib bagi menandakan sokongan mereka.

Bagaimanapun, UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pada tiga hari sebelum perhimpunan tersebut diadakan kerana akur kepada segala saranan titah Seri Paduka agar menghormati kuasa prerogatif YDPA untuk menggunakan saluran perundangan ditetapkan dengan mengemukakan rayuan dalam perkara dihadapi Najib.

Mahkamah Rayuan pada hari ini membuat keputusan untuk membenarkan Najib untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.

Dalam keputusan 2-1, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril menyokong keputusan itu, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel tiga hakim prosiding hari ini menentang penghakiman terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya