UMNO perlu kembali bersama gagasan perpaduan ummah

UMNO perlu kembali bersama gagasan perpaduan ummah

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yakin dalam tempoh terdekat perpaduan ummah membabitkan kerjasama parti-parti politik Melayu Islam akan hidup subur di negara ini.

Katanya, melihat kepada suasana politik semasa dengan DAP yang mula menunjukkan sikap sebenar mereka memerlukan parti-parti tersebut khususnya UMNO kembali bersama di dalam gagasan perpaduan ummah.

Ujarnya, kerjasama tersebut bakal mengukuhkah suara Melayu Islam di negara.

Kata beliau, parti-parti Melayu Islam ini khususnya UMNO tidak sepatutnya bekerjasama dengan DAP yang dilihat tidak mempunyai sebarang kebaikan.

“Tidak sepatutnya, mana-mana parti Melayu Islam bekerjasama dengan DAP. Kita percaya kerjasama tersebut hanya disebabkan kuasa semata-mata bagi menumpang kelebihan DAP yang mempunyai 40 kerusi.

“Saya cukup yakin dan percaya tidak lama lagi perpaduan ummah akan kembali hidup dan subur di dalam negara ini.

“Akar umbi UMNO juga dilihat tidak selesa dengan kerjasama UMNO dan DAP ini dan mengharapkan perpaduan ummah antara Pas dan UMNO ini kembali terjalin. Kerjasama tersebut sangat kuat sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Hashim berkata, Pas mempunyai pengalaman bersama DAP sebelum ini dan sepanjang tempoh tersebut membuatkan mereka lebih kenal sikap sebenar DAP.

Beliau juga percaya melihat kepada tindak-tanduk DAP ini akan menyedarkan UMNO sekali gus menilai semula kerjasama berkenaan.

“Disebabkan itu, Pas mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP sebelum ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya