Ujian saringan air kencing sebelum konsert sukar dilaksanakan

Ujian saringan air kencing sebelum konsert sukar dilaksanakan

RUSLIN menunjukkan buku 'Diagnosa' yang dilancarkan beliau sempena Majlis Amanat Ketua Pengarah AADK di Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sungai Merab di sini, hari ini.- MUHAMAD IQBAL ROSLI/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Cadangan saringan ujian air kencing kepada para pengunjung konsert tidak praktikal kerana memerlukan pelbagai proses.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, tidak ada masalah untuk membuat air kencing sebelum konsert bermula.

Bagaimanapun menurut beliau, ujian tersebut sukar dilakukan kerana melibatkan pelbagai proses ditambah dengan jumlah pengunjung yang sangat ramai ke konsert.

“Secara rawaknya membuat saringan air kencing ini tidak ada isu. Akan tetapi pihak kami melihat secara keseluruhan bahawa ujian tersebut tidak praktikal. Ini kerana proses pengambilan sampel air kecil bukan sebarangan.

“Konsert ini bukan satu dewan malah ia satu stadium. Ujian tersebut mempunyai proses yang panjang bagi menentukan ia positif atau negatif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat di sini, hari ni.

Sebelum ini, media melaporkan, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim memberi cadangan saringan ujian air kencing antara syor prosedur operasi standard (SOP) yang boleh dilakukan kepada para pengunjung konsert bagi mengelakkan pengambilan atau kematian akibat dadah.

Beliau berkata, kelengkapan mesin pengimbas juga boleh dilaksanakan agar sebarang bahan terlarang dapat dikesan daripada dibawa masuk ke sesuatu konsert oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Dulu saya pergi ke Genting Highlands menyaksikan konsert Kitaro, semua diperiksa termasuk mesin pengimbas dan beg dompet pun kena keluarkan.

“Kali ini mungkin urin pun kena ‘check’. Itu antara mungkin syor supaya orang yang menyalahgunakan dadah atau penagih dadah tidak benarkan masuk.

“Jadi kita mahu perketatkan dan tengok mana boleh kerjasama dilakukan antara polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Apabila kita beri lesen atau permit, kita akan pastikan penganjur betul-betul periksa (terutama berkaitan dadah ini),” katanya

Tambah Ruslin, pihaknya akan terus memberi fokus kepada aktiviti pencegahan agar perkara ini tidak lagi terjadi.

“Kita akan memberi fokus kepada kempen pencegahan dadah sebagai langkah proaktif. Sebagai contoh, kita boleh memanfaatkan medium seperti tiket sama ada tiket elektronik atau fizikal dengan memaparkan logo atau mesej kempen Anti Dadah.

“Selain itu, kita juga boleh memaparkan video atau slaid kesedaran sebelum konsert berlangsung.

“Perkara ini perlu dibincangkan dengan pihak-pihak berkaitan, dan insya-Allah, kita akan memulakan inisiatif ini. Walaupun kejadian sudah berlaku, ia tidak bermakna kita harus berdiam diri. Masih belum terlambat untuk mengambil tindakan dan meningkatkan kesedaran,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya