Ubah suai ekstrem motosikal sebab mudah dapat alat dalam talian

Ubah suai ekstrem motosikal sebab mudah dapat alat dalam talian

MOHD. Zamri Samion (tengah) menunjukkan motosikal yang disita kerana didapati diubah suai secara ekstrem menerusi Op Khas Motosikal 2024 di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, malam tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan sebanyak 6,267 saman atas pelbagai kesalahan menerusi Op Khas Motosikal yang bermula 1 November hingga 31 semalam.

Pengarahnya, Mohd. Zamri Samion berkata, semua kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 27,239 motosikal sepanjang tempoh dua bulan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita 132 motosikal membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada insurans dan cukai jalan serta pengubahsuaian ekstrem oleh pemiliknya.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah ubah suai kapasiti seseran (cc) enjin untuk meningkatkan kelajuan, penggunaan tayar yang terlalu kecil dan ekzos yang menghasilkan bunyi terlalu kuat melebihi had dibenarkan.

“Pemilik motosikal mendakwa mereka hanya melakukan ubah suai ekstrem ini secara suka-suka dan minat kerana barangan tersebut sangat mudah diperoleh secara dalam talian.

“Namun, operasi yang dijalankan ini juga bertujuan membanteras aktiviti lumba haram kerana ubah suai motosikal ekstrem ini dilihat semakin banyak di Terengganu sejak September lalu,” katanya selepas meninjau operasi tersebut di Jambatan Sultan Mahmud di sini, malam tadi. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya