Tunjuk teladan, budaya bersih pada pengunjung luar

Tunjuk teladan, budaya bersih pada pengunjung luar

MOHD. SHUKRI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli mahu rakyat negeri ini menunjukkan contoh teladan yang baik dan budaya menjaga kebersihan khususnya ketika pengunjung luar ramai datang ke negeri ini sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025.

Katanya, peniaga dan pemain pelancongan perlu menggunakan peluang tersebut untuk menjadikan Perlis lebih bersih dan tunjukkan budaya menjaga kebersihan itu kepada pengunjung.

“TMPs bakal memasuki tahun kedua dengan tahun lalu, negeri menyasarkan kehadiran 3.5 juta pelancong dengan menambahbaik lokasi pelancongan strategik. Pelaksanaan nafas baharu dalam sektor pelancongan oleh Exco Pelancongan yang baharu ini diharap dapat menarik lebih ramai pelancong luar dan dalam negara.

“Acara seperti Pesta Angin Timur dan promosi Perlis Geopark diharap akan memperkukuh lagi sektor pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi negeri,” katanya Karnival Sambutan Tahun Baharu 2025 peringkat negeri ini yang dihadiri lebih 2,500 orang di Dewan 2020 di sini, semalam.

Mohd. Shukri turut mengingatkan peniaga untuk menggunakan peluang itu untuk menyambut pengunjung dengan mesra bersama tawaran barangan pada harga berpatutan.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, kerajaan negeri akan membawa Perlis ke arah lebih baik dengan mengajak semua pihak termasuk rakyat terbabit dalam pembinaan negeri.

“Pentadbir dan pimpinan negeri perlu menjalankan pengurusan pentadbiran dengan amanah dan berintergriti dalam memastikan negeri maju dan berdaya saing.

“Malah kerajaan negeri sedang mengusahakan pelbagai perancangan dan tindakan bagi membawa Perlis ke arah lebih baik termasuklah pelaburan baharu bagi menaikkan ekonomi negeri.

“Pelbagai inisiatif disediakan dan rakyat perlu lebih membuka minda dan sikap berdaya saing bagi mencari kejayaan dalam hidup khususnya menaikkan ekonomi diri,” katanya yang turut menegaskan rakyat perlu sentiasa disantuni dan dipermudahkan urusan tanpa birokrasi yang menyusahkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya