Tumpu tenaga boleh baharu capai pelepasan sifar bersih menjelang 2050

Tumpu tenaga boleh baharu capai pelepasan sifar bersih menjelang 2050

SHAMSUL AZRI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Kerajaan memberi tumpuan kepada tenaga boleh diperbaharui sebagai langkah strategik pada masa depan yang sejajar dengan sasaran mencapai pelepasan sifar bersih menjelang  2050.

Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perkara berkenaan juga menjadi penekanan kerajaan dalam Sidang Kemuncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

“Langkah ke depan kerajaan adalah mementingkan tenaga boleh diperbaharui atau tenaga boleh baharu kerana sasaran kita adalah mencapai pelepasan sifar bersih pada tahun 2050.

“Sebab itu dalam persidangan ASEAN, kita mementingkan kelestarian,” katanya ketika ditemui selepas Program Ihsan Madani di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang 2, di sini, semalam.

Terdahulu media melaporkan kerajaan bersetuju melantik Shamsul Azri yang juga Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga baharu berkuat kuasa semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya