Tukar bahan kitar semula dengan wang secara pandu lalu

Tukar bahan kitar semula dengan wang secara pandu lalu

LIM Siew Khim (tengah) dan Rajendran (enam dari kanan) pada Majlis Pelancaran 'Drop for Cash', Program 3R Bersama Komuniti Parlimen Jelutong di George Town, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Tukar bahan kitar semula dengan wang tunai secara pandu lalu. Itu inisiatif yang diambil oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) apabila melancarkan pusat kitar semula tersebut di Taman Sri Pinang, Jelutong di sini, semalam.

Dikenali sebagai ‘Drop for Cash’, pusat kitar semula secara pandu lalu itu bertujuan menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan orang ramai dengan menawarkan wang tunai sebagai ganjaran.

Mula beroperasi secara rasmi Sabtu ini, orang ramai yang membawa bahan kitar semula itu untuk ditukar dengan wang tunai juga akan diberikan rebat bagi setiap tiga kilogram (kg) bahan berkenaan.

Menurut Datuk Bandar MBPP, Datuk A. Rajendran, antara bahan kitar semula yang digalakkan untuk dibawa ke pusat kitar semula terbabit ialah aluminium, kertas, plastik dan sebagainya.

Katanya, walaupun dinamakan ‘Drop for Cash’, namun, kaedah pembayaran akan dilakukan secara digital buat masa ini iaitu secara pindahan melalui e-dompet selepas diproses untuk tempoh sekurang-kurangnya 12 jam.

“Saya percaya ramai yang akan memanfaatkan inisiatif ini kerana ia (pusat kitar semula) terletak berhampiran kawasan kejiranan mereka (di Taman Sri Pinang).

“Jika inisiatif ini mendapat sambutan yang baik, maka, matlamat MBPP untuk meningkatkan kadar kitar semula di Pulau Pinang akan tercapai,” katanya pada majlis pelancaran program itu di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Agama Bukan Islam Pulau Pinang, Lim Siew Khim memuji usaha MBPP dalam mempromosikan kelestarian alam sekitar melalui penubuhan pusat kitar semula secara pandu lalu itu.

“Pusat kitar semula ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti dari segi alam sekitar, tetapi, memupuk hubungan yang lebih baik dalam kalangan jiran atau penduduk setempat,” katanya.

Tambah Siew Khim, inisiatif seperti ini juga diharap dapat membantu mengurangkan beban timbunan sampah di kawasan tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal pada masa depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya