Tukang urut didakwa lagi, nodai dua beradik perempuan 

Tukang urut didakwa lagi, nodai dua beradik perempuan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang tukang urut sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua beradik perempuan di sebuah rumah di Taman Anjaria, Felda Taib Andak, Kulai, bulan ini.

Tertuduh, A. Nasir Abdul Karim, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua  pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, dia dituduh melakukan kesalahan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak berusia lapan dan enam tahun dengan cara menyentuh kemaluan bagi maksud seksual.

Perbuatan itu didakwa dilakukan lelaki itu terhadap anak asuhan isterinya di ruang tamu rumah tertuduh di Taman Anjaria, Felda Taib Andak, sekitar Januari ini.

Bagi perbuatan itu, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin manakala tertuduh diwakili peguam Syufri A. Samad.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, perlu melapor diri ke balai polis berhampiran sekali sebulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Dalam rayuannya, Syufri memohon satu jaminan yang rendah dan bersesuaian terhadap anak guamnya setelah tukang urut itu dikenakan ikat jamin RM15,000, Selalu lalu atas pertuduhan yang berbeza

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan. Tarikh 24 Februari ditetapkan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Tertuduh sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap anak asuhan isterinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya