Tukang masak warga Indonesia maut langgar lembu

Tukang masak warga Indonesia maut langgar lembu

KEADAAN kemalangan yang mengakibatkan seorang tukang masak warganegara Indonesia maut dalam kejadian di Kilometer 43, Jalan Tampin - Gemas, Tampin, tengah malam tadi -IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang tukang masak warga Indonesia maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu dalam kejadian di Kilometer 43, Jalan Tampin – Gemas, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 26 tahun yang bekerja di sebuah kedai makan di Sungai Kelamah dalam perjalanan dari kedai makan itu menghala rumahnya di Taman Pinggiran Sungai Kelamah.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, penunggang motosikal telah terlanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan lalu hilang kawalan dan terbabas jatuh di atas jalan.

“Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Amiruddien lagi, mayat mangsa di hantar ke bahagian Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya