Tuisyen kelompok kecil RHFocus bantu pelajar tingkat penguasaan

Tuisyen kelompok kecil, bantu pelajar tingkat penguasaan subjek

PUSAT Tuisyen RHFocus menggunakan pendekatan kelas tuisyen dalam kelompok kecil yang lebih disukai pelajar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sesi pembelajaran tambahan seperti kelas tuisyen yang dikendalikan dalam bentuk kelompok kecil yang dikendalikan Pusat Tuisyen RHFocus memberikan lebih fokus kepada pelajar sekali gus meningkatkan tahap penguasaan setiap subjek.

Kaedah tersebut diakui oleh beberapa pelajar yang mengikuti kelas tuisyen dikendalikan Pusat Tuisyen RHFocus, beroperasi di Bandar Sri Putra Bangi,Selangor.

Seorang pelajar, Azfar Mohd. Ali, 18, berkata, ia membantu dalam memberikan lebih pemahaman terutama bagi subjek yang sukar untuk dikuasai seperti matematik.

Katanya, pembelajaran dalam kelas kelompok kecil itu memudahkan pelajar untuk bertanya sekiranya mempunyai sebarang kekeliruan berbanding di sekolah.

“Bagi saya tuisyen (kaedah) ini sangat efektif terutama untuk saya yang agak lemah dari segi akademik.

 

“Cara pembelajaran dalam kumpulan kecil buat ia lebih fokus pada pelajar. Jadi apabila saya ada kekeliruan, saya boleh tanya dan guru akan terus datang untuk bantu,” katanya kepada Utusan Pelajar.

Seorang lagi pelajar, Muhammad Akiff Mohd. Shukri, 16, berkata, kelas tambahan itu memberikannya pemahaman lebih mendalam dan membantu dalam penguasaan mata pelajaran.

Katanya, ia membantu dalam meningkatkan prestasi sepanjang hampir dua tahun berdaftar dengan pusat tuisyen.

“Selepas menyertai kelas tuisyen sejak tahun 2023, prestasi akademik saya terus meningkat sehingga saya boleh jadi pelajar cemerlang.

“Suasana pembelajaran yang lebih santai juga kurangkan tekanan, jadi apabila belajar, saya lagi senang faham,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Pusat Tuisyen RHFocus, Hafizul Hazmir Hashim berkata, pendekatan yang digunakan adalah lebih kepada pembelajaran dalam suasana santai dengan setiap kelas tidak melebihi enam pelajar.

Katanya, fokus tidak diletakkan kepada memastikan pelajar terus cemerlang namun menjadi lebih baik dan menguasai subjek secara perlahan.

Tambahnya, tahap pemahaman pelajar pula diukur melalui pemberian latihan dan ujian secara berkala untuk memastikan penguasaan setiap subjek.

“Pusat tuisyen kita letak antara empat hingga enam pelajar dalam satu-satu kelas, jadi guru boleh beri lebih fokus kepada setiap pelajar dan bantu mereka kuasai subjek yang lemah.

“Pelajar juga akan diajar mengikut kepada kemampuan, sebelum masuk kita akan buat beberapa ujian untuk kenal pasti tahap mereka.

“Kita juga tidak harapkan pelajar untuk terus jadi pandai lepas masuk kelas sebab kita utamakan penguasaan dari tahap asas, jadi dia akan ambil masa,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini kira-kira 200 pelajar mendapatkan khidmat dengan pusat tersebut dengan bayaran sebulan bergantung kepada bilangan subjek yang diambil untuk tuisyen.

Sepanjang kelas, pihaknya juga menyediakan makanan ringan dan minuman percuma kepada pelajar.

Sementara itu, Guru Bahasa Inggeris, Sadha A/L Nandan berkata, dengan menghadiri kelas tuisyen, ia memberikan peluang kepada pelajar menguasai silibus pembelajaran yang tidak mencukupi diperoleh di sekolah.

“Bagi saya, apa yang pelajar terima di sekolah adalah tidak mencukupi. Jadi, pusat tuisyen boleh bantu dengan menggunakan teknik pembelajaran cara lama iaitu memfokuskan pada asas.

SAIFUL ADLIN MOHAMMED“Contohnya untuk subjek Bahasa Inggeris, masa yang diberikan di sekolah tidak mencukupi untuk guru mengajar semuanya,” katanya.

Seorang guru Matematik, Saiful Adilin Mohammed pula berkata, penekanan juga diletakkan menerusi tahap kebolehan pelajar dengan pemberian latihan semasa kelas tuisyen.

“Ia adalah terbukti apabila pelajar banyak buat latihan, mereka akan jadi lebih baik dan boleh jawab soalan.

 

 

“Apabila kita periksa, daripada situ kita boleh tahu tahap pemahaman mereka. Kebanyakan pelajar tidak boleh peroleh keputusan cemerlang sebab tiada asas yang kuat,” katanya.

Guru Sains, Nur Athirah Noor Azami berkata, kelas tambahan mendedahkan pelajar pada teknik pemahaman yang lebih kreatif berbanding mengikut kepada buku teks sekolah.

“Kandungan dalam buku teks lebih kepada karangan, jadi untuk subjek seperti ini, mereka sukar untuk dapatkan gambaran.

“Jadi saya lebih suka lukis supaya pelajar dapat gambaran jelas tentang apa yang terjadi. Saya lebih suka cara seperti ini berbanding suruh pelajar hafal,” katanya.

Menurut Hafizul Hazmir pula, konsep yang diketengahkan lebih kepada suasana santai dengan setiap kelas tidak melebihi enam pelajar.

“Pelajar juga akan diajar mengikut kepada kemampuan, sebelum masuk kita akan buat beberapa ujian untuk kenal pasti tahap mereka.

“Kita juga tidak harapkan pelajar untuk terus jadi pandai lepas masuk kelas sebab kita utamakan penguasaan dari tahap asas, proses ini akan ambil masa,” katanya.

RHFocus boleh dihubungi di talian 03-8210197. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya