PADA 6 Januari 1978, Utusan Malaysia melaporkan seramai tujuh orang anggota tentera dari Pasukan Renjer terbunuh di tempat kejadian apabila sebuah trak yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler di Batu 31, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Ipoh.
Dua belas anggota lain daripada pasukan yang sama telah mengalami kecederaan ringan, manakala seorang daripada mereka telah dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu kerana kecederaan parah. – UTUSAN