Trak pikap hilang kawalan punca kereta terbakar

Trak pikap hilang kawalan punca kereta terbakar

KEADAAN kereta Proton Saga yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah trak pikap di Kilometer 3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan. - IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sebuah trak pikap yang hilang kawalan akibat jalan licin sebelum masuk ke laluan bertentangan dipercayai menjadi punca kemalangan mengorbankan seorang lelaki dalam nahas sehingga kereta dipandunya terbakar di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Bandar Utama, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, pemandu kereta Proton Saga, Mohd. Basyir Che Ali, 36, rentung manakala isterinya, Murni Md. Nor yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh di sini, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke arah Kuala Krai.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta dipandu mangsa.

“Kemalangan itu menyebabkan kereta Proton Saga dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan merempuh penghadang batu jalan di sebelah kiri jalan menghala ke arah Gua Musang sebelum terbakar. 

“Isteri mangsa yang berada di tempat duduk penumpang depan sempat dibawa keluar dan diselamatkan, namun pemandunya tersepit di dalam kereta tersebut,” katanya hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang lelaki rentung apabila kereta yang dipandu terbakar selepas terbabit kemalangan dengan sebuah trak pikap di Bandar Utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya