TPM ucap takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Miri

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Miri

AHMAD Zahid Hamidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan tazkiah kepada keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berdukacita dengan berita kejadian itu ketika orang ramai meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi yang amat menyayat hati ini. Semoga mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian berat ini,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Lima mangsa  disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.58 pagi itu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan.

“Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga 31 Januari ini.

“Justeru, saya menyeru semua pihak agar berwaspada, terutama mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi. Keselamatan harus diutamakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya