Titah Adendum: Pas Sabah persoal kejujuran kerajaan

Titah Adendum: Pas Sabah persoal kejujuran kerajaan

MUSTAMAN MUSTAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kejujuran dalam pentadbiran kerajaan Madani dipersoal susulan tindakan menyorok Titah Adendum berkaitan tahanan dalam rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan Pas Sabah, Mustaman Mustain berkata, tindakan menyembunyikan fakta penting ini menunjukkan ketidakjujuran, penyalahgunaan kuasa yang serius dalam pentadbiran serta boleh dikategorikan sebagai kesalahan jenayah.

Beliau berkata, penyelewengan bukan sahaja mencemarkan sistem kehakiman negara tetapi juga meletakkan tanda tanya besar terhadap integriti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukannya.

“Keputusan mahkamah juga secara tidak langsung telah mengesahkan bahawa tiada kejujuran dalam pentadbiran Kerajaan Madani. Manipulasi fakta dan penafian hak kepada rakyat menunjukkan bahawa pentadbiran ini gagal memenuhi amanah yang diberikan.

“Sebagai pemimpin utama negara Perdana Menteri perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas krisis ini yang jelas mencemar nama baik negara ini.

“Demi menjaga kestabilan dan maruah negara, Pas Sabah berpandangan sebaiknya Anwar mengambil langkah terhormat dengan meletakkan jawatan serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, rentetan itu, polemik ini sekali gus telah menambah koleksi krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Madani yang sudah semakin serius. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya