Titah Adendum: DAP tidak terlibat, Pas amal taktik keji, kotor

Titah Adendum: DAP tidak terlibat, Pas amal taktik keji, kotor

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin DAP khususnya mereka yang berada dalam barisan Kabinet tidak terlibat sebarang isu Titah  Adendum.

Malah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, tidak ada wakil DAP dalam Lembaga Pengampunan.

Katanya,urusan pengampunan di Lembaga Pengampunan yang tidak melibatkan jemaah menteri

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang cuba mengheret DAP dalam isu Titah  Adendum dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

“Tindakan keji ini merupakan mainan politik ulangan Pas yang hanya pandai menyalahkan DAP dalam apa sahaja isu dengan slogan ‘Semua Salah DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menyelar Kerajaan Perpaduan dengan mendakwa  mengkhianati konsep Raja Berperlembagaan.

Dalam pada itu, Siew Fook berkata, taktik politik kotor dan keji Pas mengaitkan dengan DAP tujuan menjatuhkan pentadbiran Anwar serta memecahkan Kerajaan Perpaduan. 

“Pemimpin Pas kini amat gila kuasa dan gelojoh untuk menggunakan segala cara untuk mencapai cita-cita politik mereka untuk merampas kuasa di Putrajaya. 

“Saya menyeru rakyat Malaysia yang menghargai kestabilan politik pada masa kini untuk menolak sekeras-kerasnya politik murahan dan keji yang dibawa Pas,” jelasnya.

Menurut Siew Fook,  DAP akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar  dan yakin dengan keikhlasan semua gabungan dalam kerajaan untuk menolak cubaan Pas  mengganggu gugat kestabilan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya