Titah Adendum: Armada cadang kerjasama sayap Pemuda lawan ‘pengkhianat’

Titah Adendum: Armada cadang kerjasama sayap Pemuda lawan ‘pengkhianat’

MUHAMMAD HILMAN IDHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Armada Bersatu Malaysia (Armada) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan semua saya Pemuda merentas parti politik untuk mengheret ‘pengkhianat’ ke muka keadilan.

Ketuanya, Muhammad Hilman Idham berkata, Armada mencadang dan menyatakan kesediaan untuk semua sayap Pemuda parti-parti politik bekerjasama.

Kata beliau, tindakan tersebut bagi memastikan semua pengkhianat berhubung Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera disiasat dan diheret ke muka keadilan demi mempertahankan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.

“Berdasarkan surat bertarikh 4 Januari lalu yang dikeluarkan oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang diutuskan kepada Datuk Mohamad Nizar Najib, terbukti bahawa ada ‘pengkhianat’ yang menyembunyikan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.

Armada ingin menegaskan bahawa setiap warganegara mempunyai hak yang sama sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Semua banduan yang dihukum boleh memohon pengampunan atau pengurangan hukuman untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran kepada Najib yang merupakan bekas Presiden UMNO untuk mencabar perintah penahanan di rumah bagi baki hukuman penjara yang dihadapinya.

Dalam keputusan 2-1, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril menyokong keputusanhh itu, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel tiga hakim prosiding hari ini menentang penghakiman terbabit.

Menurut keputusan majoriti yang dibacakan oleh Hakim Mohd. Firuz, Najib telah memenuhi prinsip untuk memasukkan bukti baharu pada ketika ini.

Tambahan, tiada sebarang bukti untuk mencabar kewujudan atau kesahihan titah adendum itu dikemukakan oleh mana-mana responden.

Keputusan majoriti itu juga membenarkan Najib untuk mencabar perintah itu dan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk didengar di hadapan hakim yang berlainan.

Pada 3 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mencabar perintah berhubung adendum itu atas alasan kesemua afidavit yang menyokong permohonan semakan itu adalah `dengar-cakap’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya