Tipu pakej umrah: 31 laporan diterima, polis mohon sambung reman

Tipu pakej umrah: 31 laporan diterima, polis mohon sambung reman

Konsert
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis akan memohon menyambung tempoh reman terhadap lapan individu termasuk pemilik syarikat pengendali umrah berhubung dakwaan kegagalan menerbangkan jemaah umrah ke Mekah, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perintah reman kesemua suspek membabitkan pasangan suami isteri serta kakitangan syarikat terbabit yang berusia antara 24 hingga 46 tahun akan berakhir esok.

“Susulan itu kita akan memohon sambung reman terhadap suspek bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, sebanyak 31 laporan diterima di Selangor dengan kerugian kira-kira RM2.1 juta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah terbabit, sebanyak 19 laporan dibuat daripada mangsa yang mewakili setiap keluarga manakala 11 lagi daripada ejen.

“Kita juga menerima satu laporan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes itu,” katanya.

Media semalam melaporkan seramai lapan individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik sebuah syarikat pengendali umrah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian RM2.1 juta.

Hussein dilaporkan berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 24 hingga 46 tahun, termasuk dua wanita yang merupakan kakitangan syarikat tersebut.

“Siasatan awal mendapati syarikat pengendali umrah itu mula beroperasi sejak tahun 2022 dan telah berpindah ke sebuah premis tiga tingkat di Sepang pada Oktober tahun lalu.

“Penahanan dibuat selepas polis menerima tujuh laporan awal mengenai penipuan pakej umrah yang diiklankan melalui aplikasi TikTok dan ejen syarikat,” jelasnya.
Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya