Tipu jemaah umrah: polis tahan kakitangan, pemilik syarikat

Tipu jemaah umrah: polis tahan kakitangan, pemilik syarikat

GISBH Selangor
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai lapan individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik sebuah syarikat pengendali umrah, ditahan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian RM2.1 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 24 hingga 46 tahun, termasuk dua wanita yang merupakan kakitangan syarikat tersebut.

“Setakat ini, polis menerima lapan laporan berkaitan kes itu dengan jumlah mangsa seramai 379 individu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi dan pihak-pihak yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati syarikat pengendali umrah itu mula beroperasi sejak tahun 2022 dan telah berpindah ke sebuah premis tiga tingkat di Sepang pada Oktober tahun lalu.

“Pasangan suami isteri berusia 31 tahun yang merupakan pemilik syarikat ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sekitar pukul 7 malam semalam.

“Penahanan dibuat selepas polis menerima tujuh laporan awal mengenai penipuan pakej umrah yang diiklankan melalui aplikasi TikTok dan ejen syarikat,” jelasnya.

Tambah beliau, kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya