Tindakan Pas tak masuk akal - Guan Eng

Tindakan Pas tak masuk akal – Guan Eng

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menegaskan, beliau menolak pelawaan Pas untuk menghadiri Perhimpunan solidariti untuk Datuk Seri Najib Razak pada 6 Januari ini.

Katanya, Jabatan Peguam Negara sendiri telah menggariskan secara terperinci proses wajar Perlembagaan yang mesti dipatuhi dalam pemberian pengampunan untuk menyempurnakan pelaksanaan kuasa mengikut budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong.

Malah, beliau sebagai bekas Menteri Kewangan turut menjadi saksi kerugian kewangan yang besar dialami negara akibat daripada skandal kewangan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai RM52 bilion.

Atas sebab itu, katanya, tiada keperluan untuk beliau turun dan hadir bersama dalam solidariti berkenaan.

“Jemputan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari kepada saya untuk menghadiri perhimpunan solidariti untuk Najib pada 6 Januari ini adalah satu langkah politik yang tidak masuk akal, tidak berprinsip, membelakangkan proses kedaulatan undang-undang perlembagaan, hipokrit dan oportunis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pas mempelawa Guan Eng menyertai perhimpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’, Isnin ini.

Jelasnya, pemimpin DAP itu tidak perlu bimbang soal prinsip memandangkan perhimpunan tersebut diadakan bagi memastikan keadilan ditegakkan.

Mengulas lanjut, Guan Eng turut berkata, Pas kini sedang bermain politik yang berbahaya yang diibaratkan seperti ‘Squid Games’ bagi menghapuskan musuh politik untuk mendapatkan kuasa dengan apa cara sekalipun.

“Biarpun mampu menggugat Perlembagaan Persekutuan, mata pencarian ekonomi rakyat dan juga perpaduan negara, rancangan ini ditonjolkan dengan perhimpunan solidariti mereka bersama UMNO bagi membela bekas Perdana Menteri yang telah dipenjarakan berhubung skandal tersohor 1MDB.

“Daripada awalnya menuntut Najib ditangkap dan didakwa berhubung skandal RM52 bilion 1MDB pada 2018 hingga kini membuat pusingan-U tanpa mengambil kira proses undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

“Pas telah menonjolkan ketidakjujuran mereka sendiri dalam prinsip dan juga tidak bertanggungjawab dalam taktik mereka,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut membantah tindakan Pas yang ‘membuli’ dua orang menteri DAP iaitu Nga Kor Ming tentang sambutan Hari Krismas, sementara Hannah Yeoh pula membabitkan kepercayaan agama sebagai seorang Kristian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya