‘Tiga tahun makan, minum, tidur dengan lalat’

‘Tiga tahun makan, minum, tidur dengan lalat’

PENDUDUK membuat bantahan aman di hadapan premis itu di Kampung Ladang Batu, Tanjong Sepat, Kuala Langat, hari ini. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Makan, minum dan tidur dengan lalat.

Itu kesengsaraan yang dihadapi lebih 500 penduduk Kampung Ladang Batu, Tanjong Sepat di sini, apabila mereka terpaksa hidup dengan ribuan lalat setiap hari sejak tiga tahun lalu.

Masalah didakwa berpunca daripada sebuah premis ternakan ayam berdekatan kawasan itu dan keadaan terbabit bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian malah merisikokan kesihatan mereka.

Penduduk, Nasarudin Ngodio, 45, berkata kediamannya paling teruk terjejas kerana terletak kurang 200 meter dari premis itu.

Dakwa bapa kepada empat anak itu, gangguan lalat semakin teruk sehingga dia terpaksa membeli ratusan pelekat perangkap lalat setiap bulan dan memasang kelambu untuk tidur.

“Ribuan lalat menghurungi satu rumah setiap hari tanpa mengira masa, siang atau malam, terutamanya ketika memasak.

“Selain tidak selesa, ramai penduduk termasuk anak saya mengalami cirit birit akibat keracunan makanan,” katanya ketika ditemui selepas membuat bantahan aman bersama 100 penduduk semalam.

Katanya, dia berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas bagi menangani isu itu.

Bagi peniaga makanan, Suzila Sarengat, 51, dia mengalami kerugian ketara kerana kedainya semakin kurang dikunjungi pelanggan.

“Pengunjung tidak jadi makan di kedai saya apabila melihat lalat di merata tempat. Walaupun saya sudah pasang perangkap lalat, namun itu tidak mengubah keadaan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung berkenaan, Saluah Mundagir berkata, serangan lalat makin menjadi-menjadi berikutan tambahan jumlah reban di premis tersebut.

“Masalah lalat itu tidak berkurangan. Oleh hal yang demikian, kami mahu tindakan diambil segera,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya