Tiga sekeluarga maut, seorang melecur dalam kebakaran

Tiga sekeluarga maut, seorang melecur dalam kebakaran

TIGA sekeluarga maut, manakala seorang lagi selamat dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Oren, Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga sekeluarga maut, manakala seorang lagi selamat tetapi melecur dalam kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka di Kampung Oren, Ulu Tiram, dekat sini, awal pagi ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Rafie Ahmad Sareng berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian pada pukul 2.46 pagi dan seramai 24 anggota berserta lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kediaman itu telah 80 peratus terbakar. Pemeriksaan dibuat mendapati terdapat empat orang mangsa di dalam rumah tersebut.

“Tiga mangsa ditemukan maut akibat melecur di seluruh badan. Seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak ditemukan maut di dalam bilik tidur, manakala seorang lelaki dewasa ditemukan maut di dalam bilik air,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Seorang lagi mangsa, iaitu kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun selamat, namun melecur pada bahagian muka dan tangan ditemukan di ruang tamu.

“Anggota terlibat bertindak memecahkan gril pintu hadapan runag untuk menyelamatkan mangsa,” katanya sambil memberitahu mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN