Tiga rentas Sungai Golok guna pangkalan haram didenda RM4,000

Lelaki, suami isteri rentas Sungai Golok guna pangkalan haram didenda RM4,000

ANGGOTA polis mengiringi Lim Wu Han (dua dari kiri) Rajmidi Sahli (tengah) dan Nursyuhada Abdullah selepas didakwa atas pertuduhan menggunakan pangkalan haram di Mahkamah Majistret Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Tiga warga tempatan termasuk sepasang suami isteri didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majisret di sini, hari ini atas pertuduhan memasuki negara ini dari Thailand menggunakan laluan tidak sah di Pangkalan Haram Pohon Jambu, Rantau Panjang, minggu lalu.

Lim Wu Han, 34, bersama pasangan suami isteri, Rajmidi Sahli, 50, dan Nursyuhada Abdullah, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiganya didakwa memasuki Malaysia dari Thailand dengan menggunakan laluan yang tidak dibenarkan untuk masuk ke negara ini. Kesalahan itu dilakukan oleh mereka di tebing sungai dekat Pangkalan Haram Pohon Jambu, Rantau Panjang kira-kira pukul 1.30 petang pada 3 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabila Mohd. Noordin. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya