Tiga remaja ditahan curi tabung masjid guna batang lidi bersalut gula-gula getah

Tiga remaja ditahan curi tabung masjid guna batang lidi bersalut gula-gula getah

MOHAMMAD Shofee Tayib menyampaikan risalah kepada pemandu pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya PDRM di hadapan IPD Pontian, di Pontian, petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Polis menahan tiga remaja kerana mencuri tabung masjid menggunakan lidi bersalut gula-gula getah.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dua remaja terbabit berusia 17 tahun dan seorang lagi 19 tahun, ditahan pada pukul 1.40 pagi malam tadi.

Katanya, mereka ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Pontian diketuai  Ketua Balai, Inspektor Ahmad Shah Abdul Rasheed,  setelah menerima laporan daripada Pentadbiran Masjid Bandar Pontian di sini.

“Polis merampas sebuah beg silang berwarna hitam bercorak Mickey Mouse yang ditandakan M, wang tunai bercampur-campur berjumlah RM550 dan sebatang lidi dihujungnya disaluti gula-gula getah,” katanya ditemui selepas Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Pontian dihadapan IPD Polis Pontian di sini, petang ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan, Abd. Hamid Abdul  Rahman.

Pejabat Kadi Pontian dalam hantar Facebook mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tertangkapnya tiga pencuri tersebut kerana melakukan khianat.

Menurut hantaran itu, Masjid Bandar Pontian telah mengalami banyak kerugian kerana pencuri telah meninggalkan lidi dan gam tikus di dalam tabung tersebut sehingga merosakkan wang kertas jariah  orang ramai.

“Semoga penangkapan ini menjadi pengajaran dan amaran jenayah tidak membawa faedah,” katanya.

Tambah Mohammad Shofee, hasil siasatan mendapati dua daripada remaja yang ditahan merupakan pesalah juvana dan siasatan lanjut mendapati, ketiga-tiga mereka datang dengan berjalan kaki ke masjid pada tengah malam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri di dalam bangunan. Hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga mereka negatif dadah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya