Tiga penjenayah ditahan, cuba lari daripada pemeriksaan polis

Tiga penjenayah ditahan, cuba lari daripada pemeriksaan polis

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dalam kejadian di Lenggeng, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, lebih kurang pukul 4.30 pagi, ketika anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Jalan Tasik Senangin 6, Lenggeng, Nilai, di sini telah melihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis kemudiannya telah mengarahkan kereta yang dinaiki oleh tiga lelaki tersebut untuk berhenti di bahu jalan bagi tujuan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, suspek memandu kereta dan melarikan diri sejauh lebih kurang dua kilometer namun berjaya ditahan di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Lenggeng, Nilai, di sini,” katanya hari ini.

Abdul Malik berkata, hasil siasatan awal mendapati, tiga individu yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 30-an dengan masing-masing mempunyai pelbagai rekod lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik.

” Turut berjaya dirampas adalah sebuah kereta, tiga alat pemotong kabel, dua bilah pisau, satu pemutar skru, satu besi kuku kambing, satu besi pencungkil, dua batang besi, satu kunci pembuka lurang dan peralatan disyaki digunakan untuk menghisap dadah.

” Ketiga-tiga suspek turut dijalankan ujian air kencing dan dapati positif dadah jenis Methamphetamine, “katanya.

Berikutan itu, katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual 1958, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujar beliau, permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah terhadap kesemua suspek telah dilakukan di Mahkamah Seremban pada hari ini dan dibenarkan tahanan reman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN