Tiga pekerja pengsan dipercayai kebocoran gas karbon monoksida 

Tiga pekerja pengsan dipercayai kebocoran gas karbon monoksida 

PASUKAN HAZMAT & CBRNe melakukan pemeriksaan di sebuah restoran susulan tiga pekerjanya pengsan dipercayai akibat kebocoran gas karbon monoksida di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga pekerja sebuah restoran di Gong Badak, Kuala Nerus di sini, pengsan dipercayai kerana menghidu gas karbon monoksida di premis tersebut yang bocor.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. berkata, kebocoran itu berpunca dari bahagian peti sejuk  yang menyimpan bahan mentah dan bahan masakan lain.

“Pasukan Khas HAZMAT & CBRNe dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh menjalankan siasatan dan pengesanan secara teliti sebaik sahaja tiba di premis itu. Hasil ujian pengesanan gas mendapati bacaan kandungan gas karbon monoksida yang tinggi dicatatkan berhampiran chiller tersebut.

“Ini bermaksud kawasan tersebut dipercayai telah tercemar dengan gas beracun dan boleh menyebabkan gangguan pernafasan hingga menyebabkan tiga pekerja pengsan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Tiga pekerja tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya