Tiga lelaki dituduh di mahkamah miliki bahan pornografi kanak-kanak

Tiga lelaki dituduh di mahkamah miliki bahan pornografi kanak-kanak

BEBERAPA individu dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan memiliki video dan gambar pornografi kanak-kanak dan dewasa di Mahkamah Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pembantu restoran dituduh di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, hari ini atas tiga pertuduhan kerana memiliki Bahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak (CSAM).

Tertuduh, Mustafa Kasim, 29, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M Kunasundary.

Mengikut pertuduhan pertama, Mustafa didapati berkomunikasi secara seksual dengan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun menggunakan aplikasi WhatsApp pada 5 Disember 2022 di Blok G-1-02, Apartment D’rimba, Jalan Kenyalang 11/14, Kota Damansara.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didapati turut meminta kanak-kanak sama menghantar gambar lucah bagi tujuan seksual di lokasi dan tarikh yang sama.

Manakala, bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didapati memiliki video pornografi kanak-kanak di alamat E2-6-4 Pangsapuri Tania, Jalan Merbah 11/3, Seskyen 11 Kota Damansara pada 20 Disember 2022.

Bagi ketiga-tiga kesalahan itu, tertuduh disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan

Seskyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sebaik kertas pertuduhan dibacakan, Kunasundary menetapkan tertuduh dikenakan wang jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Februari depan.

Bagaimanapun, Mustafa tidak dapat membayar wang jaminan itu dan dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh sehingga tarikh sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, dua lelaki masing-masing seorang pengurus syarikat berusia 41 tahun dan penganggr berusia 39 tahun mengaku tidak bersalah kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Tertuduh, Tan Lye Synn dan Phoon Mun Tat dikenakan wang jaminan masing-masing RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Februari depan.

Lye Synn didapati melakukan kesalahan itu di 28, Jalan 17/33 Seksyen 17, Petaling Jaya pada 21 Disember lalu manakala, Mun Tat pula melakukan kesalahan sama di No. 25-2, Jalan PJU 10/18A, Sutera Damansara, Petaling Jaya pada 23 Disember lalu.

Pendakwaan bagi ketiga-tiga tertuduh dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Norhana Saat manakala, kesemua tertuduh diwakili Datuk Suraj Singh.

Tiga tertuduh berkenaan adalah antara 13 lelaki yang ditahan dalam Op Pedo di enam buah negeri tiga minggu lalu.

Op Pedo yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) itu telah menyerbu 18 premis di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.

Salam serbuan itu, kira-kira 40,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan pornografi dewasa turut ditemukan dalam komputer yang dimiliki suspek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya