ALOR GAJAH: Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merancang membina tiga lagi Denai Sungai Kebangsaan (DSK) di beberapa lokasi sedang dikenal pasti. Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais berkata, kesemua projek itu kini menunggu kelulusan di peringkat Persekutuan. Menurutnya, projek DSK yang dilaksanakan tahun lalu dari September hingga hujung Disember melibatkan kos sebanyak RM1.5 juta adalah di Sungai Malim berdekatan Pintu Pasang Surut JPS Kampung Tengah, Sungai Jeram berhampiran Stadium Hang Jebat dan parit besar bersebelahan Universiti Islam Melaka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya