Tiga individu termasuk dua warga Amerika disiasat edar risalah Kristian

Tiga individu termasuk dua warga Amerika disiasat edar risalah Kristian

AZRY Akmar Ayob (kanan) ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan daripada tiga individu, termasuk dua warga Amerika Syarikat, susulan penularan sebuah video memaparkan dua warga asing yang didakwa cuba mengedarkan risalah Kristian di Wangsa Maju.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, keterangan turut diambil daripada pengadu yang membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan mendapati kedua-dua warga Amerika Syarikat itu berusia dalam lingkungan 30-an dan memasuki Malaysia sebagai pelancong sebelum sambutan Krismas,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju mengeluarkan kenyataan berhubung rakaman berkenaan yang tular di media sosial.

Rakaman itu menunjukkan dua individu warga asing memegang buku yang dipercayai kitab Injil.

Dalam rakaman tersebut, kedengaran suara seorang lelaki tempatan menegur mereka dengan nada tenang, sambil memberitahu bahawa tindakan mereka adalah salah di Malaysia.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail memaklumkan bahawa siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya