Tiga beranak tokan dadah di Jasin, Muar diberkas

Tiga beranak tokan dadah di Jasin, Muar diberkas

PELBAGAI jenis dadah, barang kemas dan wang tunai dirampas ketika serbuan di sebuah rumah di Muar, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sindiket pengedaran dadah didalangi tiga beranak termasuk seorang yang masih bersekolah tumpas selepas mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Muar, Johor, Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Zawawi berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam itu, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah seberat 33.6 kilogram (kg) dan 275 biji pil eramin 5 yang dianggarkan bernilai RM556,271.

Katanya, bapa dan dua anak lelakinya berusia antara 17 dan 49 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jasin.

“Dadah yang dirampas terdiri daripada heroin dan syabu masing-masing seberat 23.3 kg dan 10.2 kg serta pil eramin 5 sebanyak 275 biji ditemukan di dalam rumah ketika serbuan. Sindiket dipercayai bergiat aktif sejak pertengahan tahun lalu.

“Dadah ini dipercayai untuk pasaran tempatan untuk kegunaan seramai 442,860 orang penagih. Polis percaya penahanan kesemua suspek ini telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di sekitar Jasin dan Muar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Md. Nazri berkata, polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Camry, barang kemas dan wang tunai milik kesemua suspek dianggarkan bernilai RM56,050.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah. Semakan mendapati lelaki berusia 49 tahun yang juga penganggur memiliki dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Dua anak lelaki itu masih belajar di sebuah sekolah menengah di Muar dan sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 2 Februari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya