Tidak puas hati hal harta pusaka, lelaki didenda sebabkan kecederaan adik

Tidak puas hati hal harta pusaka, lelaki didenda sebabkan kecederaan adik

MODUH (kiri) hadir ke Mahkamah Majistret Rembau hari ini bagi didakwa atas pertuduhan mencederakan adik lelakinya dalam kejadian di mukim Chengkau, tahun lalu. - UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan adik lelakinya dalam kejadian di Chengkau di sini tahun lalu.

Tertuduh, M. Moduh, 52, yang bekerja sebagai penoreh getah membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Majistret turut menetapkan hukuman 12 bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan. 

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap adik lelakinya yang kini berusia 41 tahun dengan cara menggunakan besi kuku kambing.

Perbuatan itu dilakukan di tempat kerja adik lelakinya di Mukim Chengkau, kira-kira pukul 4.10 petang pada 16 Julai tahun lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-dua hukuman berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian mencederakan itu merupakan kejadian kali kedua kerana tertuduh tidak berpuas hati mahukan rumah peninggalan arwah bapa mereka serta beberapa harta yang lain.  

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zainuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya