Tidak lekang mohon doa, restu ibu, kunci kejayaan Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Tidak lekang mohon doa, restu ibu, kunci kejayaan Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Mak, Siti nak konsert dah tolong doakan ya. Siti sayang mak.”

Demikian kata penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tidak lekang memohon restu dan doa ibunya, Siti Salmah Bachik sebelum membuat persembahan di konsert meganya.

Menurut Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Taruddin, 45, doa daripada insan tersayangnya itu merupakan restu terbesar buatnya demi mendapatkan keberkatan sebelum melakukan sesuatu perkara.

“Doa yang paling besar,” katanya ringkas.

Kagum dengan perkongsian yang tular di TikTok itu, rata-rata peminatnya memuji cara Siti menyantuni ibunya selain menganggap itulah kunci kejayaannya sehingga berjaya meraih gelaran Biduanita Negara.

“Kerana doa seorang ibulah anaknya berjaya. Restu ibu adalah selamanya,” komen seorang peminatnya.

“Itulah kunci kejayaan beliau,” kata seorang lagi peminatnya.

“Kejayaan Siti adalah daripada berkat doa ibunya. Ini janji Allah bila ibu diutamakan. Awak sangat membanggakan Siti, walaupun sudah berjaya tetap minta doa dan berkat ibunya,” kata seorang warganet.

Terdahulu, tular di TikTok sebuah video yang memaparkan penyanyi lagu Sehebat Matahari itu komited menghubungi ibunya demi mendapatkan keberkatan setiap kali mahu mula membuat persembahan di konsert solonya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya