Tiada virus X seperti yang tular

Tiada virus X seperti yang tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan yang tular di sosial media berkenaan kewujudan virus X.

Menerusi satu hantaran Facebook dikongsi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, tiada perancangan untuk mewajibkan sebarang vaksin baharu yang diberi kepada petugas Kementerian Kesihatan.

Malah katanya, virus X atau vaksin yang disebutkan seperti ditularkan itu juga tidak benar.

“Tiada ‘RHR’ atau instrumen lain yang memberi kuasa penuh kepada Kementerian Kesihatan atau mana-mana badan lain,” katanya menerusi hantaran itu.

Tambah kenyataan, orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih daripada saluran rasmi sahaja terutamanya laman media sosial Kementerian Kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya