Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi Nepal setakat ini

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi Nepal setakat ini

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian gempa bumi yang tercetus di kawasan barat Nepal hari ini.

Wisma Putra berkata, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang memantau laporan gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kira-kira 84 kilometer dari Lobuche, Nepal.

“Laporan awal menunjukkan bahawa gempa bumi berlaku di barat Nepal dan Kementerian Luar sedang berkomunikasi dengan Kedutaan Malaysia di Kathmandu untuk menilai keadaan dan kesannya.

“Setakat ini, tiada laporan warga Malaysia terjejas akibat gempa bumi itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang kini berada di Nepal digesa untuk terus berwaspada, mematuhi garis panduan keselamatan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan berhati-hati selepas gempa bumi itu.

“Kementerian menasihatkan rakyat Malaysia di Nepal untuk mendaftar kehadiran mereka melalui E-Konsular dan terus berhubung dengan Kedutaan Malaysia untuk maklumat terkini dan bantuan,” katanya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan gempa bumi kuat di wilayah Tibet terpencil di China mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang selain banyak bangunan” runtuh.

Gegaran itunturut dirasai di Nepal, Kathmandu.

Selain Kathmandu, kawasan sekitar Lobuche di Nepal di pergunungan tinggi berhampiran Everest turut digegarkan oleh gegaran susulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya