Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas kebakaran hutan di Los Angeles -Wisma Putra

Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas kebakaran hutan di Los Angeles – Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan pihaknya melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS)

tidak menerima sebarang laporan atau permohonan bantuan daripada rakyat negara ini yang terjejas akibat kebakaran hutan.

Wisma Putra dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan, Konsul Jeneral dan Pengarah Pendidikan Malaysia telah bertemu dengan beberapa pelajar untuk memeriksa kebajikan dan memastikan keselamatan mereka pada masa ini.

“Konsulat akan terus memantau keadaan dengan teliti dan tetap bersedia untuk memberikan sokongan jika diperlukan,” katanya.

Laporan media tempatan dan antarabangsa melaporkan kebakaran di dua hutan besar yang melanda Los Angeles dari arah timur dan barat masih belum dapat dikawal sehingga kelmarin.

Kebakaran Palisades antara Santa Monica dan Malibu di sebelah barat bandar serta kebakaran Eaton di timur berhampiran Pasadena kini dianggap sebagai paling ‘merosakkan’ dalam sejarah Los Angeles, memusnahkan hampir 12,500 hektar tanah yang menjadikan seluruh kawasan kejiranan menjadi abu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya