Tiada kaitan kontrak helikopter RM16 bilion dengan pertukaran Panglima ATM – Kementerian Pertahanan

Tiada kaitan kontrak helikopter RM16 bilion dengan pertukaran Panglima ATM – Kementerian Pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan menafikan dakwaan yang tular di media sosial dan mengesahkan tiada perkaitan antara pemberhentian atau pertukaran Panglima Angkatan Tentera Malaysia dengan proses pajakan kontrak helikopter bernilai RM16 bilion.

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, laporan berita palsu melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan laporan polis telah dibuat untuk memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu. 

“Kementerian mengambil serius berkenaan kenyataan yang sedang tular di media sosial berkenaan dakwaan pemberhentian Panglima Angkatan Tentera (PAT), Panglima Tentera Darat (PTD), Panglima Tentera Laut (PTL) dan Panglima Tentera Udara (PTU) serta pertukaran pegawai-pegawai tertinggi ATM disebabkan oleh kontrak helikopter RM16 bilion,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tular di media sosial kerana ia boleh membentuk persepsi negatif kepada pertahanan negara.

“Amat ditegaskan bahawa menyebarkan berita palsu adalah merupakan kesalahan undang-undang yang boleh didakwa, antara lain di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya