LIPIS: Kira-kira 200 penduduk di Kampung Mela, di sini meminta dibina jejantas untuk keselamatan bagi menyeberangi lintasan kereta api di penempatan itu. Penduduk terpaksa menanggung risiko keselamatan menyeberang lintasan berkenaan untuk menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mela, beribadat serta majlis keagamaan di masjid termasuk sebilangan rumah penduduk di situ. Penduduk di seberang lintasan itu juga perlu melintas untuk urusan seharian seperti berbelanja di pekan Mela, berulang-alik ke kelas tadika, Pusat Internet Desa (NADI), perpustakaan desa, taman permainan, klinik kesihatan, berurusan di Pejabat Penghulu Mukim Cheka Satu dan menziarahi saudara-mara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya