Tiada insiden berulang babit sensitiviti umat Islam - MCA

Tiada insiden berulang babit sensitiviti umat Islam – MCA

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MCA akan memastikan tiada insiden berulang membabitkan sensitiviti umat Islam seperti kekhilafan membabitkan MCA Johor baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, beliau telah membuat teguran kepada MCA negeri itu dan mengarah langkah memperketat pengurusan laman sosial yang hanya boleh dikendalikan Ketua Pentadbir MCA Johor.

Katanya, MCA Johor juga telah membuat permohonan maaf atas kejadian itu dan pada masa sama ia sama sekali tidak mewakili pendirian parti.

“Sebenarnya, bukan MCA yang tulis. Ia ditulis oleh seorang pengendali laman sosial yang sudah bersara. Beliau meletak satu hantaran yang diterima dalam WhatsApp untuk dikongsi.

“Bila MCA Johor tahu, kita ambil tindakan segera untuk menurunkan hantaran itu kelmarin dan sekali lagi, secara ikhlas, kita mohon maaf atas kekhilafan.

“Saya pun sudah tegur dan minta perkara ini dapat dilihat sebab kita tak mahu kekhilafan ini berulang,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di sini, hari ini.

Terdahulu, MCA Johor memohon maaf kepada umat Islam negara ini susulan perkongsian status menghina serta memperlekeh agama Islam yang dilakukan tanpa sengaja oleh seorang pentadbir akaun Facebook berkenaan, kelmarin.

MCA Johor dalam kenyataan berkata, perkongsian itu bukan saja dilakukan tanpa memaklumkan kepada pemimpin utama MCA negeri malah dilakukan pentadbir yang sudah lama bersara daripada parti.

Individu berkenaan mengakui tersilap berkongsi status daripada pihak lain yang bukan ditulis oleh MCA Johor atau mana-mana pemimpin MCA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya