Tiada emas ditemukan di Lenggeng

Tiada emas ditemukan di Lenggeng

PEGAWAI PTGNS bersama Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan mengambil sampel di kawasan yang didakwa terdapat mineral emas di Lenggeng, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEREMBAN: Tiada sebarang emas ditemukan di lokasi yang didakwa terdapat aktiviti melombong mineral itu dekat Lenggeng di sini.

Perkara itu hasil siasatan awal yang dijalankan pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) bersama Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan.

Pengarah PTGNS, Mohd. Faizal Abdul Manap memberitahu, pihaknya bersama wakil Jabatan Mineral dan Geosains bersama wakil rakyat telah ke lokasi berkenaan dan mengambil beberapa sampel bagi mendapatkan pengesahan makmal berkenaan mineral yang ada di situ.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada emas yang ditemui di situ namun pihak Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan tetap mengambil beberapa sampel yang ada di situ untuk ujian lanjut di makmal bagi mendapatkan kepastian,” katanya di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, kerajaan Negeri Sembilan telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri untuk menyiasat berhubung dakwaan penemuan emas di sebuah kawasan di Lenggeng seperti tular di media sosial.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau sebelum ini telah diberikan taklimat mengenai kerja-kerja membaiki hakisan tanah di kawasan tersebut namun sekiranya terdapat emas di kawasan tersebut, perkara tersebut perlu disiasat dan dilihat lebih lanjut kerana sumber itu berpotensi dijadikan pendapatan negeri yang baharu.

Sementara itu, Mohd. Faizal berkata, setakat ini hanya sebuah syarikat sahaja yang diberi lesen melombong mineral itu di Gemas, Tampin setakat ini.

“Bagaimanapun, namun kerja-kerja melombong belum dijalankan berikutan mereka belum lagi menerima skim pengoperasian daripada Jabatan Mineral dan Geosains,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya