Terjatuh sungai, gara-gara larikan diri dari majikan

Terjatuh sungai, gara-gara larikan diri dari majikan

ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Renggam melakukan tugas mengeluarkan seorang wanita warga Indonesia yang terjatuh dalam Sungai Yassin di Simpang Renggam ketika melarikan diri dari rumah majikannya kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Gara-gara mahu melarikan diri dari majikannya, seorang pembantu rumah warga Indonesia terpaksa berendam semalaman di dalam sungai dekat selepas terjatuh jambatan yang dilaluinya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, wanita itu dikenali sebagai Astuti, 47, melalui Jambatan Sungai Yassin di Simpang Renggam dalam cubaan melarikan diri dari rumah majikannya dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

Akibat perbuatan itu, wanita berkenaan terjatuh ke sungai sebelum diselamatkan pada keesokkan harinya.

“Mangsa melarikan diri kerana dikatakan sudah tidak mahu lagi bekerja sebagai pembantu rumah walaupun baru seminggu memulakan kerja di sebuah rumah di taman perumahan berhampiran tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Renggam datang membantu mengeluarkan mangsa selepas menerima aduan orang awam pukul 8.47 pagi semalam dan mangsa kemudian dihantar ke ospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk mendapatkan rawatan

Bahrin berkata, akibat daripada jatuh daripada atas jambatan dengan ketinggian lima meter itu, wanita berkenaan telah mengalami kecederaan di bahagian kaki kanannya.

Katanya, pemeriksaan turut mendapati mangsa mempunyai permit kerja sebagai pembantu rumah dan mempunyai pasport yang sah bersamanya.

“Agen pekerjaan yang membawa mangsa telah dihubungi dan akan menguruskan hal berkaitan rawatannya serta tiada unsur jenayah dikesan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya