Terima rasuah RM600,000, dua individu termasuk timbalan pengarah direman

Terima rasuah RM600,000, dua individu termasuk timbalan pengarah direman

DUA individu termasuk seorang timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan yang disyaki meminta dan menerima rasuah direman di Mahkamah Majistret Seremban hari ini. - GAMBAR/IHSAN SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua individu termasuk seorang timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000 daripada syarikat pelabur sebagai balasan membantu memudahkan syarikat tersebut mendapatkan kelulusan yang dimohon.

Perintah reman selama enam hari sehingga 26 Januari itu telah dikeluarkan Majistret, Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Seremban, di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an itu telah ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2019 hingga 2024.

“Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank sebuah syarikat perunding yang berperanan sebagai orang tengah,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya