Terima kasih percaya kebolehan saya - Naz Rahman tidak tersinggung digelar ‘suam kuku’ - Utusan Malaysia

Terima kasih percaya kebolehan saya – Naz Rahman tidak tersinggung digelar ‘suam kuku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara, Naz Rahman, enggan patah semangat walaupun pemilihannya sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) mengundang kritikan. 

Bagi Naz atau Nazrudin Habibur Rahman, 46, dia akan menggunakan pengalamannya sepanjang 25 tahun sebagai pengacara untuk mengemudi acara berprestij itu. 

“Ini kali pertama saya diberi tugasan untuk Anugerah Juara Lagu. Saya sambut dengan hati yang gembira dan berat pada masa yang sama. 

“Sebagai pengacara, saya tidak dinilai dengan ‘mata wang’ populariti. Bidang pengacaraan adalah cinta pertama dan kreadibiliti adalah segalanya. 

“Awalnya mahu tolak tapi bila saya setuju dengan kontrak baru, saya sudah biasa sebut ‘tugasan’ bukan ‘kerja’,

“Saya tahu mana tinggi langit, mana rendah bumi. Ada tugasan yang lebih berat berbanding lain,” tulisnya menerusi hantaran di aplikasi X. 

Naz mengulas mengenai komen warganet yang tidak bersetuju dia dilantik sebagai pengacara AJL bersama-sama Sissy Imann selain melabelnya sebagai hos ‘suam kuku’.

Bagaimanapun, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu berterima kasih atas sokongan peminat, dan faham akan visi pihak produksi menggandingkannya dengan pengacara baharu. 

“Syukur ada peminat yang faham dan percaya kebolehan saya. Saya juga bersetuju dengan pihak produksi yang gandingkan senior dengan skuad pelapis. Ia memerlukan kreativiti dan keberanian. 

“Janji kami, akan berikan yang terbaik demi menjulang karya-karya pemuzik kita. 

“Harapan kami, semoga kami berdua diberi kepercayaan, kekuatan dan sokongan untuk berdiri di atas kaki sendiri. 

“Kepada Sissy Imann, saya kagumi keberanian anda. Kita boleh lakukannya, InsyaAllah,” katanya. 

Terdahulu, TV3 Malaysia mengumumkan Sissy Imann dan Naz Rahman diberi kepercayaan mengemudi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang akan berlangsung pada 16 Februari, di Axiata Arena, Bukit Jalil. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya