Tempat awam mana yang tiada pemilik tanah? - Saifuddin

Tempat awam mana yang tiada pemilik tanah? – Saifuddin

SAIFUDDIN Nasution Ismail beramah mesra dengan pasukan khas ketika melawat pameran AiSSE'25 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menempelak Sekretariat Rakyat Benci Rasuah kerana mendakwa tempat awam kononnya tiada pemilik.

Beliau malah mempersoalkan semula penganjur itu di manakah tempat di negara ini yang tiada pemilik tanah.

“Tempat awam itu di mana? Betulkah tempat itu tidak ada pemilik? Setiap premis mesti ada pemilik dan beritahu saya di tempat awam mana yang tiada pemilik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang Kemuncak dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE) di sini hari ini.

Semalam, penasihat undang-undang Sekretariat Rakyat Benci Rasuah, Zaid Malek mempersoalkan tindakan pihak polis yang meminta mereka ada persetujuan pemilik selepas mereka mahu menganjurkan perhimpunan di luar kompleks Sogo menuju ke Dataran Merdeka.

Notis pemberitahuan yang dihantar mereka pada 15 Januari lalu untuk himpunan Sabtu ini didakwa kononnya memenuhi syarat tanpa perlu persetujuan pemilik kawasan terlibat.

Saifuddin malah hairan dengan dakwaan sekretariat itu kerana premis terbabit memang jelas di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan penganjur perhimpunan mesti mendapatkan keizinan pihak berkuasa tempatan itu.

Tegasnya, semua pihak termasuk pihak penganjur juga perlu memastikan para peserta supaya memahami tanggungjawab diri masing-masing dan mesti memastikan ada pemakluman kepada polis dan mematuhi peraturan ditetapkan serta lokasi yang dibenarkan pemilik.

“Peserta turut diingatkan agar menghindari tindakan melanggar undang-undang, seperti membawa kanak-kanak bawah umur manakala polis sebagai pemudah cara,” jelasnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya